Alhamdulillah
Pagi isnin minggu ini dimulakan dengan kunjungan hormat daripada Yayasan Al-Islah dan Beroleh Maju JV Sdn. Bhd. Pertemuan yang mengujakan kerana perbincangan yang singkat namun padat dengan idea dan cadangan bagi pembangunan institusi tahfiz, pondok dan madrasah yang terdapat di Malaysia yang merangkum pelbagai sudut pembangunan.
Daripada sudut pembangunan survival ekonomi dan dana institusi ini sehinggalah ‘career path’ anak-anak murid yang terlibat dalam institusi ini, semua dapat dibincangkan daripada pelbagai pendapat.
Apa yang membuat saya terharu apabila terkenang kembali inilah yang diperjuang oleh ayah saya untuk memastikan kami dalam keluarga sentiasa terdidik dengan suasana ilmu agama, walaupun ketika itu meletakkan pendidikan formal di sekolah agama agak asing dan sering dipertikaikan berkenaan ‘masa depan’ mereka yang bersekolah agama. Namun kini, terdapat pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan agar institusi tahfiz, pondok dan pengajian ilmu agama ini mampu berkembang pesat dan dapat menarik seramai mungkin umat Islam dan anak-anak muda mendekati ilmu dan suasana agama di bumi yang kita cintai ini.
Kesedaran ini perlu terus di bugarkan agar ramai lagi umat Islam di Malaysia dapat menghayati dan mengamalkan ajaran agama dengan sempuran seperti yang diperintahkan kepada oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, Insya-Allah.
Terima kasih kepada Prof. Dr. Muhammad Rahimi Osman dan Prof. Dr. Ghafarullahuddin b. Din mewakili Yayasan Al-Islah, dan rombongan daripada Beroleh Maju JV Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Dato’ Ir. Noor Azmi Jaafar dan Muhammad Hidir Hamin atas kunjungan di pejabat saya. Moga diteruskan usaha meningkatkan kualiti yang terbaik untuk kerja agama yang kita cintai ini.