Maklumat Terkini

Iklan Poster Semasa

                                                          

 

 

Pautan Terkini

Perpustakaan Komuniti Al-Islah | Maahad Tahfiz al-Quran al-Islah (MTQI)

Yayasan Al Islah ialah sebuah badan kebajikan yang telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016 pada 14 Februari 2018, sebagai “Syarikat Berhad Menurut Jaminan”.

Yayasan Al Islah menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan yang memanfaatkan Surau Al-Islah & Maahad Tahfiz Al Quran AI Islah (MTQI) serta penduduk Seksyen 7.

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN AL ISLAH SEPERTI BERIKUT;

atau hubungi SEKRETARIAT di Telefon No. 012-250 6545

Menjalankan kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan yang memanfaatkan Surau Al-Islah , Maahad Tahfiz Al Quran Al Islah, serta penduduk sekitar.

Menjalankan program keagamaan dan pendidikan yang bermanfaat kepada masyarakat Islam.

Menjana dana melalui kaedah kontemporari dan inovatif bagi membiayai keseluruhan operasi Yayasan Al Islah.

Peneraju ilmu, pendidikan dan kebajikan demi kesejahteraan dan kelestarian masyarakat.

Menjana dana bagi memastikan kelestarian aktiviti pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan untuk melahirkan modal insan cemerlang.

Bantuan Lepas

BANTUAN YANG TELAH DIBERIKAN SETAKAT 2020

Yayasan Al Islah telah memberi bantuan tunai melebihi RM200,000 kepada 113 individu dan empat organizasi yang memerlukan, sejak ditubuhkan hingga kini, seperti berikut.

Akademi Al Islah

RM100,000 kepada Akademi Al Islah, bagi membiayai kos membeli rumah teres untuk dijadikan bilik kuliah, pejabat, serta kamar ustaz dan bilal.

Maahad Tahfiz Desa Pinggiran Putra

RM25,000 kepada Maahad Tahfiz Desa Pinggiran Putra, untuk membiayai ubahsuai sekolah dan asrama.

Persatuan Penduduk

RM5,000 kepada persatuan penduduk, bagi Program Kawalan Keselamatan.

Maahad Tahfiz, Shah Alam.

RM39,600 yuran pengajian & makan, bagi 11 pelajar miskin Maahad Tahfiz, Shah Alam.

Asnaf Hari Raya 2019 & 2020

RM9,600 kepada 96 asnaf bagi bantuan menyambut Hari Raya 2019 & 2020

Lain-lain

• RM12,000 kepada “Alumni Akademi Pengajian Islam Kontemporari”, bagi kos “pre-press work” buku “Sejarah Pembangunan Akademi Islam di UiTM”.

• RM6,300 untuk sarahidup bulanan ibu tunggal kariah Surau Al-Islah.

• RM2,700 kepada empat asnaf yang terjejas mata pencarian akibat PKP Covid-19.

Katalog INFAQ Yayasan al-Islah

Katalog INFAQ Yayasan al-Islah boleh digunakan untuk sebarang tujuan pemasaran dan sebaran, Katalog boleh di muat turun di pautan ini :

PERANCANGAN BANTUAN 2021

Yayasan Al Islah merancang mengusahakan dan menyalurkan bantuan berjumlah melebehi RM2.1 juta untuk program dan projek kebajikan berikut.

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah

RM1.46 juta untuk membiayai Pembangunan dan Operasi enam buah Pusat Tahfiz kelolaan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah.

Pusat Bahasa Arab

RM419,000 untuk membiayai Pem- bangunan dan Operasi Pusat Bahasa Arab, kelolaan Maahad Tahfiz Al- Quran Al-Islah

Screenshot 2021-05-12 at 4.56.03 PM

Pusat Program “Fast Track” SPM

RM192,000 untuk membiayai Operasi Program “Fast Track” SPM, di Kampus PTPL, Seksyen 13, Shah Alam.

Pelajar miskin Maahad Tahfiz.

RM43,000 untuk yuran pengajian 12 pelajar miskin Maahad Tahfiz.

Pelajar IPT miskin

RM24,000 untuk “Program Bantuan Makan Pelajar IPT”, di sekitar Shah Alam.

Sumbangan anda amat diperlukan

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN AL ISLAH :

MAYBANK 5621 0668 4268 / BANK ISLAM 1203 8010 1430 94

Berita Terkini

Kunjungan hormat daripada Yayasan Al-Islah dan Beroleh Maju JV Sdn. Bhd

Alhamdulillah Pagi isnin minggu ini dimulakan dengan kunjungan hormat daripada Yayasan Al-Islah dan Beroleh Maju JV Sdn. Bhd. Pertemuan yang mengujakan kerana perbincangan yang singkat namun padat dengan idea dan cadangan bagi pembangunan institusi tahfiz, pondok dan madrasah yang terdapat di Malaysia yang merangkum pelbagai sudut pembangunan. Daripada sudut pembangunan survival ekonomi dan dana institusi…

Read more