Perpustakaan Komuniti Al-Islah

Pusat Ilmu, Teras Pembinaan Ummah

Perpustakaan Komuniti Al-Islah

Perpustakaan Komuniti Al-Islah ditubuhkan di bawah Yayasan Al-Islah pada September 2021 dan mula beroperasi pada 16 Ogos 2023. Perpustakaan ini menyediakan kemudahan bahan rujukan dalam pelbagai bidang khususnya bidang Islam. Sehingga Januari 2026, sejumlah 6788 bahan yang disumbangkan oleh ahli kariah dari Seksyen 7 Selatan, Shah Alam dan juga penyumbang luar.  

Perpustakaan ini turut bertindak sebagai pusat rujukan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI), warga Seksyen 7 Shah Alam dan juga pengguna luar.

Objektif Perpustakaan

  1. Menyediakan akses percuma kepada sumber ilmu dan rujukan
  2. Menyokong pembelajaran pelajar dan komuniti
  3. Menggalakkan budaya membaca dan ilmu seumur hidup
  4. Memastikan persekitaran yang kondusif dan mesra pengguna
Menyemai Ilmu, Membina Generasi

Kemudahan yang Disediakan

Perpustakaan Komuniti Al-Islah menawarkan pelbagai kemudahan yang selesa dan mesra pengguna bagi menyokong aktiviti pembelajaran, rujukan serta perbincangan komuniti. Antara kemudahan yang disediakan adalah keahlian perpustakaan secara PERCUMA, kemudahan pinjaman dan rujukan bahan, serta akses pencarian bahan melalui Sistem OPAC.

Selain itu, pengunjung turut disediakan ruang diskusi berhawa dingin, ruang kanak-kanak, ruang solat, WiFi percuma dan kemudahan komputer bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan.

Email

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila emel kepada kami di:

Phone

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di nombor berikut:

Alamat

Perpustakaan Komuniti Al-Islah, Bangunan Worldwide@7, No. 1-7-03, Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Link OPAC Perpustakaan

Akses Sistem OPAC Perpustakaan untuk mencari koleksi buku dan bahan rujukan yang tersedia dengan pantas dan mudah.

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis

  • 9.30 Pagi – 12.30 Tengahari

  • 2.30 Petang – 4.30 Petang

Jumaat

  • 9.30 Pagi – 12.30 Tengahari

Sabtu

  • 9.30 Pagi – 12.30 Tengahari (Tertakluk kepada permohonan)

Ahad

  • Tutup

Footer / Nota:
“Terima kasih kerana mengunjungi kami. Sila rujuk waktu ini sebelum datang.”

Aktiviti Perpustakaan 2023

Sepanjang tahun 2023, Perpustakaan Komuniti Al-Islah telah menganjurkan dan menerima pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan serta kemasyarakatan. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Program Sambutan Hari Malaysia, lawatan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI), lawatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta lawatan pelajar Akademi Huffaz Al-Aqwa (AQWA) ke Perpustakaan Komuniti Al-Islah.

Lawatan dari pelajar Akademi Huffaz Al-Aqwa (AQWA)

Aktiviti Perpustakaan 2024

Sepanjang tahun 2024, Perpustakaan Komuniti Al-Islah giat memacu budaya ilmu menerusi pelancaran Program NILAM bersama pelajar MTQI, penganjuran Sesi Bedah Buku bersama Prof. Madya Dr. Fisol Maidin, serta Lawatan Ilmu ke Yayasan Restu dan Perpustakaan Raja Tun Uda. Selain itu, Bengkel Pintar Jawi turut dilaksanakan bagi memperkasakan kemahiran tulisan warisan dalam kalangan generasi muda.

Aktiviti Perpustakaan 2025

Bagi tahun 2025, Perpustakaan Komuniti Al-Islah meneruskan kecemerlangan aktiviti melalui penganjuran Bengkel Syok Cakap English, sebuah inisiatif yang direka khusus untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris secara santai dan efektif.

Lawati Laman Facebook kami:

Ketahui lebih banyak tawaran dan aktiviti menarik yang kami jalankan di Perpustakaan Al-Islah.

Hubungi kami

+6019 358 7086 | Hj. Ariffin Jamaludin (Pengurus Perpustakaan)

+6014 695 3482 | Ainul Mardhiah Noorhisham (Pembantu Pustakawan)

Click Untuk Infak
Click Untuk Infak
Click Untuk Infak

KEMPEN INFAQ

Infaq Surau & Infrastruktur

Infaq Kebajikan & Komuniti

Infaq Dakwah & Kerohanian​

Infaq Pembangunan Insan

Infaq Khas

INFAQ SEDANG BERJALAN

Infaq Surau & Infrastruktur

Infaq Kebajikan & Komuniti

Infaq Dakwah & Kerohanian

Infaq Pembangunan Insan

Infaq Khas