
Membantu hari ini ❤️ Mengubah hari esok.
Membantu hari ini ❤️ Mengubah hari esok.
Yayasan Al-Islah ialah sebuah badan kebajikan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 pada 14 Februari 2018 sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan.
Yayasan ini menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada Surau Al-Islah, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI), serta penduduk sekitar Seksyen 7, Shah Alam.
Yayasan Al-Islah turut berperanan sebagai platform bagi menggerakkan usaha kebajikan, pendidikan dan keagamaan secara bersepadu — dengan matlamat untuk membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan sejahtera.
Yayasan Al-Islah telah diperakui sebagai Syarikat Awam Berhad Menurut Jaminan, yang berdaftar secara sah di bawah Akta Syarikat 2016.
Peneraju ilmu, pendidikan dan kebajikan demi kesejahteraan serta kelestarian masyarakat.
Menjana dana bagi memastikan kelestarian aktiviti pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
Setiap kebaikan kecil membawa impak besar, meringankan beban, menyemai kasih, dan menginspirasi lebih banyak hati untuk berbuat baik.
















