Membantu hari ini ❤️ Mengubah hari esok.
Beliau memiliki Bachelor Degree in Science (Mathematics/Computer Science) dari Indiana State University, USA (1978) serta Master Degree in Science (Mathematics) dari universiti yang sama pada tahun 1979. Beliau juga mempunyai Post Graduate Diploma in Islamic Studies dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta mengikuti Kursus Perbankan dan Kewangan Islam selama 3 minggu di Central Bank of Iran dan Pacific Rim Course on Banking Management selama 2 minggu di Seattle, USA. Beliau kini berkhidmat sebagai Pro-Chancellor UCBestari, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Pengerusi Finance & Investment Awqaf Fund UniSZA, serta Pengerusi Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad.