PERPUSTAKAAN KOMUNITI AL-ISLAH

Perpustakaan Komuniti Al-Islah
Bangunan Worldwide@7,
No. 1-7-03, Jalan Lazuardi 7/29 Sekesyen 7, 40000 Shah Alam
Perpustakaan Komuniti Al-Islah telah mula ditubuhkan di bawah Yayasan Al-Islah pada September 2021 dan mula beroperasi pada 16 Ogos 2023. Perpustakaan ini menyediakan kemudahan bahan rujukan dalam pelbagai bidang. Sehingga Mac 2024, terdapat lebih daripada 4,600 koleksi bahan. Sejumlah besar bahan disumbangkan oleh ahli kariah dari Seksyen 7 Selatan, Shah Alam dan juga penyumbang luar. Perpustakaan ini turut bertindak sebagai pusat rujukan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI), warga Seksyen 7 Shah Alam dan juga pengguna luar. Keahlian perpustakaan adalah secara percuma.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
• Keahlian Perpustakaan
(a) Pengguna perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan
(b) Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter perpustakaan, melalui panggilan telefon/whatsapp (019-3587086) atau emel perpustakaan (perpustakaanalislah@gmail.com).
• Kemudahan Pinjaman
(a) Pinjaman bahan sebanyak 2 naskhah dalam tempoh 2 minggu.
(b) Pemulangan bahan setelah tamat tempoh pinjaman.
(c) Tempahan/pembaharuan pinjaman.
(d) Penghantaran bahan di kediaman mengikut keperluan/temujanji
• Rujukan Bahan
(a) Perkhidmatan rujukan yang disediakan meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan
(b) Pengguna juga boleh dirujuk kepada pakar atau perpustakaan lain jika pertanyaan rujukan tidak dapat dipenuhi dari sumber maklumat perpustakaan organisasi
• Akses Pencarian Bahan (Sistem OPAC)
(a) Katalog Atas Talian (Online Public Access Catalogue) atau OPAC
(b) Pangkalan Data (Akses Percuma)
(c) Internet
• Ruang Diskusi (dilengkapi penghawa dingin)
(a) Penyediaan ruang rujukan, diskusi dan perbincangan yang selesa.
• Ruang Kanak-Kanak
(a) Penyediaan ruang kanak-kanak yang menggunakan konsep warna ceria dan menarik.
• Waktu Perkhidmatan
• Lain-lain Kemudahan

(a) Ruang Solat (Surau Wanita) di Perpustakaan

(b) Ruang Solat (Surau Lelaki) di Aras 2

(c) Kemudahan Komputer (Ruang Akses Bahan dan sebagainya)

(d) Wifi Percuma berkelajuan 1Gbps
AKTIVITI PERPUSTAKAAN (2023-2024)
• Program Hari Malaysia – [23.09.2023]
• Lawatan Team Pusat Pengajian Al-Quran & Hadis (Sek.3) – [04.10.2023]
• Aktiviti Mingguan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) – [10.10.2023]
• Lawatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) – [27.10.2023]
• Lawatan Pelajar Akademi Huffaz Al-Aqwa (AQWA) – [07.11.2023]
• Lawatan Pelajar Akademi Huffaz Al-Aqwa (AQWA) – [17.02.2024]
CARIAN BAHAN MELALUI SISTEM OPAC
QR Code : Library Catalog (OPAC)
Link : Library Catalog (OPAC)