Yayasan Al Islah ialah sebuah badan kebajikan yang telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016 pada 14 Februari 2018, sebagai “Syarikat Berhad Menurut Jaminan”.
Yayasan Al Islah menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan yang memanfaatkan Surau Al-Islah & Maahad Tahfiz Al Quran AI Islah (MTQI) serta penduduk Seksyen 7.
Matlamat
- Menjalankan kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan yang memanfaatkan Surau Al-Islah , Maahad Tahfiz Al Quran Al Islah, serta penduduk sekitar.
- Menjalankan program keagamaan dan pendidikan yang bermanfaat kepada masyarakat Islam.
- Menjana dana melalui kaedah kontemporari dan inovatif bagi membiayai keseluruhan operasi Yayasan Al Islah.
Visi
Peneraju ilmu, pendidikan dan kebajikan demi kesejahteraan dan kelestarian masyarakat.
Misi
Menjana dana bagi memastikan kelestarian aktiviti
pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan untuk melahirkan
modal insan cemerlang.
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH / PENGARAH
